"Che Ta Tak Salah" - Ramli MS Tegur Edry, Pengajar AF 2015

Rozita Che Wan
PETALING JAYA:Pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015)  iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan pengetua program itu, Edry Abdul Halim menegur cara kritikan Rozita Che Wan di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.

Ramli berkata, Edry mahupun pihak luar salah faham mengenai tugas Rozita atau Che Ta, 42, yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.

Datuk Ramli MS

"Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat.

"Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

"Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam," tegasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

SILA KLIK: AF 2015: Sudah Lama Perhati, Edry Alu-Alukan Che Ta Tarik Diri

Terdahulu Che Tak telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tugasnya sebagai pengkritik selepas berasa terhina dengan teguran Edry terhadapnya di khalayak selepas dia memberi komen negatif terhadap peserta AF 2015 siaran musim keenam Ahad lalu.

Edry pula dalam mStar Online pada Selasa mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri dalam program berkenaan kerana merasakan aktres itu tidak layak memikul tugas diberikan.

Edry (empat dari kiri) bersama barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2015.
Sementara itu, Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.

"Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.

"Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.

"Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini," ujarnya.

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain