suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demam Tidak Pulih, Afdlin Shauki Disyaki Hidap Denggi

Afdlin kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, pada petang Ahad selepas disyaki demam denggi.

Pembantu peribadinya, Marcella berkata, Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan, 43, dibawa ke pusat perubatan berkenaan selepas mengalami demam panas sejak seminggu lalu.

"Semalam kira-kira pukul 4 petang (Ahad), kami membawa dia ke hospital kerana keadaan di semakin teruk dan demam yang dialami selema lebih seminggu masih tidak menunjukkan tanda-tanda pulih.

Afdlin mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles kerana demam denggi.

"Setakat hari ini, suhu badannya sudah 38°C berbanding semalam 40°C, manakala keadaan platlet darah semakin rendah iaitu kini 90 bpl (billion perliter)," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Marcella, Afdlin juga terpaksa membatalkan beberapa aktiviti dan acara hiburan termasuk program Super Spontal All Star yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Katanya, buat masa ini pelawak tersebut masih menjalani rawatan lanjut dan dinasihati mendapatkan rehat yang cukup.

"Dia tidak boleh banyak bercakap dan tiada selera untuk makan, doktor masih lagi membuat rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Setakat ini juga doktor belum memaklumkan bila dia boleh keluar," ujarnya.
Afdlin Shauki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain