Guru Tahfiz Perlu Diberi Gaji Tinggi - Amy (Search) - Hiburan | mStar

Guru Tahfiz Perlu Diberi Gaji Tinggi - Amy (Search)

Amy Search
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy berpendapat seseorang guru tahfiz di negara ini perlu mendapat bayaran gaji yang tinggi, setaraf dengan ilmu dan didikan yang diberikan kepada pelajar mereka.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, berkata, memikul tanggungjawab sebagai guru tahfiz bukannya mudah apatah lagi ia memerlukan ilmu dan pengalaman yang secukupnya sama seperti pendidik dalam bidang akademik lain.

"Saya faham, mengajar tahfiz adalah salah satu ibadah di dunia, tetapi mereka juga punya tanggungan hidup daripada segi makan dan pakaian, selain menyara keluarga.

"Berdasarkan pemahaman saya, masih ramai lagi guru tahfiz di luar sana mempunyai pendapatan yang sangat rendah sedang ilmu yang disumbangkan sangat besar nilainya. "Saya harap ada pihak yang prihatin dengan perkara ini agar guru tahfiz diberi pendapatan yang sepatutnya," katanya kepada mStar Online.

Amy berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai masalah pendapatan golongan pendidik tahfiz yang menerima gaji yang rendah.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia juga memastikan guru-guru yang mendidik pelajar-pelajar di sekolah tahfiz yang ditubuhkannya iaitu  Al-Bayan School of Quran & Hadith turut mendapat gaji yang tinggi dan setimpal dengan pengalaman.

Dia juaga ingin menaikkan taraf golongan guru tahfiz yang sering dianggap hanya mahu mengajar secara sukarelawan semata-mata.

"Mereka mendidik anak-anak kita menjadi seorang Islam yang berguna, jadi tidak ada salahnya kita menjaga kebajikannya. Setakat ini saya akan memastikan gaji yang mereka terima tinggi dan berbaloi. Baru semangat mereka nak mengajar.

"Tambahan pula saya lihat mereka juga berjaya mendidik tentang peradaban. Pelajar-pelajar yang sangat nakal di Al-Bayan kini sudah menjadi orang yang sangat berdisiplin. Alhamdulillah," ujarnya.

Al-Bayan School of Quran & Hadith yang dibuka sejak awal tahun lalu merupakan sebuah sekolah tahfiz untuk pelajar yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.

Selain menghafal Al-Quran dan Hadis, mereka turut diajar Bahasa Arab selain pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sementara itu, Amy berkata, sehingga kini, seramai 18 pelajar mendaftar di sekolah berkenaan yang terletak di Sungai Buloh dan dia merancang untuk menambah cawangan sekolah tahfiz tersebut di Sabah pada September depan.

Amy Search

Artikel Berikut

Empat Peserta Tersingkir Dalam AF 2015

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain