Pengurus Kesal, Peguam & Keluarga Larang Jumpa Zamani - Hiburan | mStar

Pengurus Kesal, Peguam & Keluarga Larang Jumpa Zamani

Zamani (kiri) bersama peguamnya Ahmad Zahari Muhaiyar (kanan) di mahkamah Majistret, Ampang pada 10 Mac lalu.
PETALING JAYA: Pengurusan Zamani (Slam) mendedahkan pihaknya dilarang keras berjumpa penyanyi itu sejak dia mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah di ibu negara.

Pengurusnya Johan Aziz, 49, berkata, pihaknya pelik apabila keluarga dan peguam Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar bertindak sedemikian selain menganggap larangan tersebut sebagai tidak adil.

"Sejak Zamani menerima rawatan kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya melainkan keluarga dan peguamnya sahaja.

"Bagi saya tindakan itu tidak adil kerana sebagai wakil pengurusannya banyak perkara tentang kerjayanya termasuk urusan persembahan yang dipersetujui lebih awal perlu diselesaikan bagi mengelakkan masalah lain pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Terdahulu, abang kepada Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim bersama Ahmad Zaharil dalam satu sidang media mendakwa penyanyi itu mengalami masalah kewangan serius selain memerlukan RM50,000 untuk melakukan pembedahan tulang belakang yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Dakwa Zulfazil, adiknya itu mengalami masalah kewangan kerana tidak mempunyai akaun bank peribadi selain sejumlah wang penyanyi itu disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani.

Johan Aziz

Dalam pada itu, Johan menegaskan semua wang hasil persembahan pentas penyanyi akan dimasukkan terus ke akaun peribadinya dan Zamani mengetahui perkara itu.

Jelas Johan, perkara berkenaan sepatutnya boleh diselesaikan secara baik menerusi perbincangan namun dia malangnya pihak peguam enggan berbuat demikian.

”Benda ini sebenarnya tidak perlu dihebohkan kepada media kerana pihak peguam dan keluarga boleh berjumpa terus dengan saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu tersebut. Saya tidak lari ke mana pun.

"Apa yang mereka buat sekarang hanya akan menambah malu bukan kepada pihak pengurusan tetapi Zamani sendiri dan sebab itu saya tidak berhasrat untuk menjelaskan secara lanjut berhubung dakwaan itu.

"Abang Zamani sepatutnya lebih tahu ke mana perginya semua wang Zamani," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya masih terbuka dengan sebarang bentuk perbincangan dengan wakil keluarga dan peguam bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.

Terdahulu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim bersama seorang wanita ditahan polis pada 21 Januari lalu kerana didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram selepas polis membuat serbuan di kediamannya di Taman Keramat, dekat sini.

Dia ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Zamani , Slam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain