Rampas Kekasih: Kaka Azraff Tak Pernah Elak Jumpa Tasha Shilla - Hiburan | mStar

Rampas Kekasih: Kaka Azraff Tak Pernah Elak Jumpa Tasha Shilla

Kaka Azraff

PETALING JAYA: Penyanyi Kaka Azraff  tidak muncul pada majlis berinai pelakon Sharifah Sakinah pada 21 Mac lalu bukan kerana mahu mengelak bertemu Tasha Shilla selepas dia dikatakan merampas kekasih wanita itu.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, sebaliknya berkata, dia terikat dengan penggambaran drama berjudul Dunia Generasi Baru.

"Bukan saya tidak mahu datang tetapi ketika majlis itu berlangsung saya sedang menjalani penggambaran drama. Bukan majlis itu sahaja, majlis resepsi Hanez Suraya pun saya tidak dapat datang.

"Saya tidak pernah berniat untuk mengelak daripada siapa pun termasuk Tasha Shilla kerana saya tahu bahawa saya tidak bersalah dalam hubungan mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Bukan Hal Aku, di pejabat Warner Music, di sini, Selasa.

Kaka diminta mengulas tentang ketidakhadirannya pada majlis malam berinai Sharifah Sakinah pada Sabtu lalu selepas timbul gosip dia bimbang berjumpa Tasha Shilla kerana merampas kekasih wanita itu, Hans Wong.

Kaka Azraff (tengah) muncul dengan single terbaharu bersama kumpulan Sleeq.

Kaka dan Tasha Shilla merupakan antara rakan baik yang pernah mengikut Sharifah Sakinah bercuti di Bali bagi meraikan pesta ‘Bridal Shower’ pelakon itu pada Januari lalu.

Khabar angin sebelum ini mengatakan Kaka menjadi punca hubungan percintaan Tasha Shilla dan kekasihnya Hans berantakan.

Dalam pada itu, Kaka memberitahu dia enggan mengulas panjang tentang gosip tersebut berikutan ia adalah satu fitnah yang berat buat dirinya.

"Saya tidak mahu cakap banyak tentang perkara itu dan biar Hans dan Tasha yang buka mulut menjelaskannya, lagi pun saya dengar mereka sudah berbaik semula.

"Saya anggap khabar angin ini hanyalah satu fitnah dan satu hari nanti orang akan tahu kebenarannya," ujar Kaka.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan pelakon wanita itu apabila timbul gosip tersebut, Kaka berkata dia hanya mengenali Tasha sebagai rakan artis dan hanya bertemu pada majlis-majlis hiburan sahaja.

Dalam pada itu, bercerita tentang single Bukan Hal Aku, Kaka berkata ia adalah lagu yang benar-benar menepati cita rasanya.

Gosip hubungan Tasha Shilla (kiri) dengan kekasihnya Hans Wong dikatakan putus akibat Kaka Azraff.

Katanya, lagu tersebut juga menceritakan tentang perjalanannya dalam industri nyanyian tanah air.

"Saya seorang peminat lagu hip-hop dan lagu Bukan Hal Aku ini benar-benar kena dengan jiwa saya.

"Lagu ini santai didengar dan ia menceritakan tentang perjalanan kerjaya nyanyian saya juga dalam industri," katanya.

Lagu Bukan Hal Aku nyanyian Kaka featuring Sleeq merupakan ciptaan The Good Fella. 
Tasha Shilla , Kaka Azraff , Hans Wong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain