Fauziah Latiff Enggan Peduli Tuduhan Tak Boleh Menyanyi - Hiburan | mStar

Fauziah Latiff Enggan Peduli Tuduhan Tak Boleh Menyanyi

Fauziah Lattif janji akan keluar lagu baharu untuk peminat.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Fauziah Latiff menganggap dakwaan tidak lagi boleh menyanyi sebagai perkara biasa apabila dia sudah lama tidak mengeluarkan lagu baharu.

Fauziah atau nama sebenarnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 44, berkata, dia enggan mengambil pusing perkara tersebut dan menganggap ia sebagai pandangan masing-masing.

"Itu perkara biasa bila ada suara negatif bahawa saya tidak boleh menyanyi kerana mungkin saya sudah lama tidak keluar lagu baru.

"Saya tidak boleh puaskan hati semua orang dan saya tidak ambil hati dengan kritikan sebegitu, biarlah apa mereka ingin cakap kerana bagi saya ia adalah pandangan peribadi mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia berjanji untuk menunaikan permintaan peminat untuk muncul dengan lagu baharu.

Katanya, buat masa ini, dia masih mencari lagu yang sesuai dan memberi impak kepada peminat.

"Saya akan tunaikan janji kepada peminat untuk keluar dengan lagu baru, tapi sekarang masih belum dapat lagu yang sesuai.

"Saya tidak mahu membuat sambil lewa atau asalkan ada single baru. Lagi pun, single baru saya nanti bukan kerana saya mahu buat kemunculan semula tetapi mungkin ia adalah projek khas," ujarnya.

Fauziah Latiff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa