Fizz Fairuz Tidak Ambil Kesempatan Adegan Peluk Dua Artis - Hiburan | mStar

Fizz Fairuz Tidak Ambil Kesempatan Adegan Peluk Dua Artis

Fizz Fairuz.

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz tidak penah menyimpan hasrat untuk mengambil kesempatan terhadap dua aktres iaitu Lisa Surihani dan Miera Leyana apabila terpaksa berpeluk dengan dmereka yang menjadi isterinya dalam filem terbaharu mereka berjudul Dendam Orang Mati.

Fizz, 35, berkata, adegan tersebut dilakukan atas dasar memenuhi kehendak skrip dan jalan cerita yang ingin disampaikan pengarahnya, Jason Chong dan ia tidak lebih daripada itu.

"Ada beberapa babak yang mungkin tidak menyenangkan penonton dan ingin saya tegaskan bahawa ia sekadar memenuhi kehendak skrip dan bukannya saya sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

"Kami semua profesional dan apa yang dilihat dalam filem itu nanti hanyalah sekadar tanggungjawab kami untuk menjayakan watak diberikan," katanya kepada mStar Online.

Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada Rabu lalu.

Dendam Orang Mati bakal menemui penonton dipawagam bermula 23 Oktober ini.

Barisan pelakon filem Dendam Orang Mati iaitu Miera Leyana, Fizz Fairuz, Jason Chong (pengarah), Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.

Bercakap mengenai filem itu, Fizz berkata, dia menerima pelawaan untuk membintangi karya berkenaan kerana sudah lama berhajat untuk bergandingan dengan aktres berkenaan.

Malah Fizz turut memuji kredibiliti isteri kepada Yusry Abdul Halim itu yang berjaya menterjemahkan watak sebagai wanita psiko dengan baik.

Lisa adalah antara sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana kagum dengan bakatnya dan wataknya sebagai Lena dalam Dendam Orang Mati sangat mengagumkan," jelasnya.

Sementara itu, Fizz turut mengakui pada awalnya dia agak sukar dan keliru untuk menyampaikan wataknya sebagai Shahrul kerana tidak memahami kehendak pengarahnya.

Bagaimanapun kata Fizz, selepas menonton sendiri karya berkenaan, dia sangat berpuas hati dengan hasil akhir filem itu dan menganggap Jason mempunyai sentuhan luar biasa sebagai pengarah.

Ini pertama kali saya berlakon dibawah arahan Jason dan harus akui saya keliru dengan apa yang cuba dia lakukan pada watak saya tetapi selepas melihat hasilnya saya mula memahami apa yang cuba dilakukan Jason semasa berada di set penggambaran.

"Banyak yang saya belajar daripada Jason dan pengalaman berada di set dalam jangka masa panjang nampaknya berbaloi," katanya.

Dendam Orang Mati  mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekali gus memberi tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yang berkahwin lain.

Fizz Fairuz , Dendam Orang Mati.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini