suria

Zayn Malik (One Direction) Dituduh Cederakan Peminat

Zayn Malik berang dengan sikap jurugambar yang merakam gambarnya.
Zayn Malik berang dengan sikap jurugambar yang merakam gambarnya.
Zayn Malik berang dengan sikap jurugambar yang merakam gambarnya.

AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik dituduh mencederakan seorang peminat di sebuah lapangan terbang baru-baru ini.

Zayn didakwa memukul seorang jurugambar yang merakam aksinya ketika sedang melalui sekumpulan peminat namun terkena seorang perempuan yang merupakan peminatnya.

Sumber memberitahu, lelaki berusia 20 tahun itu sangat agresif dan menunjukkan bahasa tubuh yang kasar kepada jurugambar tersebut.

Selain Zayn, One Direction turut dianggotai oleh Harry Styles, Liam Payne, Niall Horan dan Louis Tomlinson.

Mereka dalam rangka promosi album terbaharu berjudul Midnight Memories.

Artikel Berikut

Artikel Lain