suria

Rani Mukerji Kahwin Februari 2014

Rani (kiri) dan Aditya bakal berkahwin pada Februari tahun depan.
Rani (kiri) dan Aditya bakal berkahwin pada Februari tahun depan.
Rani (kiri) dan Aditya bakal berkahwin pada Februari tahun depan.

KHABAR bahagia datang daripada aktres Bollywood iaitu Rani Mukerji, 35, apabila bintang itu akhirnya membuat keputusan menamatkan zaman solo untuk berkahwin dengan kekasihnya, Aditya Chopra pada Februari tahun depan.

Menurut laporan portal Newkerala, selama ini kisah cinta Rani dan Aditya tidak pernah diceritakan secara terbuka namun keluarga pasangan tersebut sudah pun mengumumkan perkahwinan mereka kepada umum.

Kedua-dua ibu bapa Rani begitu teruja dan mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada seluruh keluarga dan mereka semua diminta mengosongkan jadual pada minggu sambutan Valentine pada Februari tahun depan.

Seluruh anggota keluarga pun sudah sibuk mempersiapkan majlis pernikahan yang khabarnya akan berlangsung mengikut adat Bengali dan Punjabi.

Bukan setakat keluarga pasangan itu, tetapi pereka fesyen yang sentiasa mereka baju Rani iaitu Manish Malhotra turut berkobar-kobar untuk menyiapkan gaun perkahwinan aktres itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain