suria

5,000 Pengunjung Gamatkan Jelajah ASK 2013

Antara artis yang memeriahkan Jelajah ASK 2013
Antara artis yang memeriahkan Jelajah ASK 2013
Antara artis yang memeriahkan Jelajah ASK 2013

PETALING JAYA: Lebih daripada 5,000 pengunjung hadir memeriahkan jelajah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang diadakan di Centre Atrium Pusat Beli Belah e@Curve di sini pada Ahad.

Pengurus besar TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, berkata, ini merupakan siri jelajah kedua sebelum acara kemuncak ASK 2013 berlangsung pada 29 November ini di Stadium Malawati Shah Alam.

"Sebelum ini, ASK 2013 telah mengadakan siri jelajah di ASK 2013 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 10 November lalu dan lebih 5,000 pengunjung telah hadir.

"Begitu juga dengan hari ini (Ahad), kami tak sangka lebih daripada 5000 pengunjung juga hadir dan ini menunjukkan ASK 2013 mendapat sokongan umum," katanya.

Acara yang dihoskan oleh Chot XOXO bermula pada pukul 3 petang, di mana lebih kurang seramai 20 selebriti yang tercalon dalam anugerah itu turut menjayakan acara tersebut.

Antaranya yang hadir ialah Erin Malek, Miera Leyana, Izreen Azminda, Shasha Al Khred, Shukri Yahya, Adi Putra dan Izzue Islam.

Selain itu, Nur Risteena dan Jay Iswazir, yang berlakon dalam drama Karlos, Anita Baharom (Keluarga Iskandar) serta Idzham Ismail dan Zara Zya (Love You Mr. Arrogant) turut hadir bagi mewakili drama yang dilakonkan mereka.

Kesemua para selebriti tersebut meluangkan masa beramah mesra dengan para peminat.

Dalam pada itu, jelajah ASK 2013 turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian kumpulan Hyper Act, Amir Jahari dan Mark Adam.

Artikel Sebelum

Rani Mukerji Kahwin Februari 2014

Artikel Berikut

Artikel Lain