Johan As'ari Bangga Jadi Anak Ahli Politik - Hiburan | mStar

Johan As'ari Bangga Jadi Anak Ahli Politik

Johan As'ari
Johan As'ari

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya iaitu Datuk As'ari Ibrahim yang bergiat aktif dalam dunia politik.

Sebaliknya, Johan, 27, berkata, dia lebih memilih bidang seni sebagai laluan untuknya menjadi ikon kepada masyarakat dan negara.

"Saya bangga dengan pencapaian bapa saya dalam bidang politik di mana saya membesar dengan dunia itu dan nampak bagaimana dia berjuang untuk masyarakat dan bangsa.

"Namun saya lebih selesa memilih kerjaya dalam bidang seni dan bagi saya melalui industri ini juga kita boleh jadi ikon dalam masyarakat," katanya kepada mStar Online.

Terbaharu, bapanya bakal bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno, Bukit Katil, Melaka pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung 11 Oktober ini.

Sebelum ini, Datuk As'ari merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Jelas Johan, sebagai seorang anak, dia sentiasa menyokong perjuangan bapanya dengan sebagai Ahli Jawatankuasa, Dewan Undangan Negeri Bukit Kecil Melaka.

"Saya sentiasa memberi sokongan kepada ayah dan berharap dia berjaya dalam pemilihan tersebut kerana bagi saya dia adalah perjuangan bangsa.

"Sebagai selebriti saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan parti itu dan baru-baru ini juga saya ditawarkan untuk menjadi wakil belia negeri Melaka, namun ia masih lagi di peringkat perbincangan," jelasnya.

Walau Bagaimanapun, Johan berkata, dia tidak pernah menggunakan tiket atas kedudukan bapanya sebagai orang berpengaruh untuk mendapatkan jalan mudah tanpa perlu berusaha.

"Bapa saya memang berpengaruh tapi sejak kecil saya lebih suka melakukan apa juga dengan sendiri tanpa menggunakan nama bapa.

"Seperti dalam bidang seni ini juga, saya perlu bekerja keras sendiri untuk berjaya tanpa menggunakan laluan mudah atau atas tiket VIP," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'KL Gangster 2' Sudah Kutip RM3.1 Juta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain