suria

Robert Pattinson Akui Gagal Sebagai Model

Robert Pattinson
Robert Pattinson
Robert Pattinson

PELAKON filem Twilight, Robert Pattinson mengaku gagal dalam menjalani kerjayanya sebagai seorang model.

Robert menceburi bidang peragaan sejak berusia 12 tahun dan mengaku dia bukanlah seorang model yang baik.

"Aku menjalani kerjaya sebagai model untuk bertemu dengan wanita cantik, ketika itu saya terlalu muda. Saya tiada hala tuju yang jelas dalam kerjaya," katanya seperti dipetik Digitalspy.

"Ketika pertama kali menyertai kerjaya tersebut, saya nampak seperti perempuan dan banyak dapat tawaran namun semakin membesar saya jadi seperti semakin lelaki dan susah pula mendapat tawaran.

“Kerjaya peragaan saya sangat teruk dan semakin sukar mendapat tawaran," katanya.

Artikel Lain