suria

Hot FM Tidak Gam Faizal Tahir

Faizal Tahir
Faizal Tahir
Faizal Tahir

PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM tidak pernah ‘gam’ penyanyi Faizal Tahir serta tidak mengamalkan sikap pilih kasi kepada mana-mana artis di negara ini untuk memainkan lagu mereka di stesen radio itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, pihaknya akan memainkan sesebuah lagu berdasarkan permintaan pendengar selain menyokong perkembangan dunia nyanyian di negara ini.

"Kami memainkan semua lagu mengikut permintaan daripada pendengar dan tidak pernah timbul kurang memainkan lagu mana-mana artis atas sebab-sebab tertentu.

"Malah kami sentiasa menyokong perkembangan nyanyian kesemua artis tempatan dengan melibatkan mereka dalam pelbagai program anjuran Hot FM," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Hot FM, di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Rabu.

Seelan berkata demikian ketika mengulas dakwaan stesen radio tersebut kurang memainkan lagu-lagu nyanyian Faizal Tahir termasuk lagu terbaharunya berjudul Biar.

Khabar angin pengharaman ke atas Faizal Tahir itu dikatakan turut melibatkan semua saluran televisyen milik kumpulan Media Prima selepas penyanyi itu dipercayai memberi komen berbau politik dalam Twitter miliknya tidak lama dulu.

Seelan berkata, stesen radio tersebut juga telah menjemput Faizal bagi menjayakan sebuah program Hari Raya yang akan bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri ini.

"Kami tidak pernah gam Faizal Tahir, kalau kami berbuat demikian kenapa kami menjemputnya untuk terlibat dalam programRock Raya yang akan bersiaran pada Hari Raya ketiga nanti," katanya.

Sementara itu, Seelan berkata, sempena Aidilfitri, Hot FM bakal menyajikan pelbagai program menarik sepanjang minggu pertama Syawal.

"Setiap kali Hari Raya Aidilfitri, kita akan memberi kelainan daripada stesen lain dengan memberi pelbagai program menarik.

"Seperti tahun lepas, kita membawa konsep seperti program televisyen iaitu program khas raya yang telah dirakam lebih awal," katanya.

Antara program menarik adalah In Person Bersama Nicholas Saputra, ND Lala dan Shila Amzah Di Raya Paling Hangat, 4 Suara, Rock Raya dan Raihan vs Rabbani.

Artikel Sebelum

Noniswara Sah Bercerai

Artikel Berikut

Artikel Lain