suria

Nicholas Saputra Tidak Rasa Tergugat

Nicholas Saputra
Nicholas Saputra
Nicholas Saputra

PETALING JAYA: Lambakan pelakon-pelakon baharu di industri hiburan Indonesia tidak pernah menggugat kerjaya aktor Nicholas Saputra yang dikira senior dalam bidang itu.

Nicholas atau nama sebenarnya Nicholas Schubring Saputra, 29, berkata, dia tidak gentar dengan hal tersebut kerana menyifatkan ia hanya perkara biasa yang harus dilalui oleh semua anak seni.

"Saya tak pernah gentar dengan kehadiran mereka. Bagi yang menganggap saya seperti itu, pemikiran sebegitu salah kerana saya seorang lelaki yang terbuka untuk bersaing.

"Ia sebenarnya memberi petanda yang sihat kerana industri seni kita mempunyai ramai bakat baru. Saya tak pernah menganggap ia perkara negatif," katanya.

Tambah Nicholas yang pernah popular dengan filem Ada Apa Dengan Cinta, dia percaya memiliki bakat sahaja tidak cukup jika mahu kekal bersaing dengan pelakon-pelakon lain sebaliknya hasus memiliki kualiti lakonan yang bagus.

Sementara itu, Nicholas mengakui dia semakin selektif dalam pemilihan watak dan skrip filem yang ditawarkan.

Katanya, pemilihan skrip yang lebih selektif dibuat bagi menjaga reputasinya sebagai seorang pelakon yang berkualiti.

"Dalam kerjaya ini, memberikan persembahan lakonan yang terbaik adalah kepuasan yang tidak ada nilainya.

"Dan sebagai ingin menjaga kualiti kerja, kita perlu selektif dengan setiap tawaran yang diterima. Sebenarnya saya langsung tidak kisah dengan populariti yang datang dan pergi," ujarnya.

Selain itu, Nicholas turut merancang untuk menerbitkan filem pula dalam jangka masa beberapa tahun akan datang.

Dalam perkembangan lain, Nicholas bakal muncul menerusi drama What They Don't Talk About When They Talk About Love dan Cinta dari Wamena.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain