suria

Jessie J Tiada Masa Untuk Bercinta

Jessie J.
Jessie J.
Jessie J.

PENYANYI Jessie J mengakui kesibukannya dengan kerjaya muzik telah menyebabkan dia tiada masa untuk bercinta.

Jessie, 25, berkata, jika mempunyai sebarang tugas, dia lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga dan teman.

"Saya sangat gila dengan kerja sekarang dan tiada masa untuk berfikir tentang cinta," katanya kepada majalah Female First.

Jessie yang sedang sibuk menyiapkan album keduanya bagaimanapun berkata, dia bukan seorang yang anti dengan percintaan tetapi sangat berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Jika suatu hari nanti saya ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki, saya mahu mencintai dia seumur hidup dan sebaliknya," jelasnya yang terkenal dengan lagu Price Tag.

Artikel Sebelum

Artikel Lain