suria

Malisa J Tinggalkan Kerjaya Di Kelab Untuk Jadi Artis

Malisa J menunjukkan album terbaharunya.
Malisa J  menunjukkan album terbaharunya.
Malisa J menunjukkan album terbaharunya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi baru Malisa J menganggap keputusannya meninggalkan kerjayanya sebagai penyanyi kelab sebagai jalan terbaik untuk dia mengejar cita-cita dalam industri hiburan tanah air.

Malisa, 29, yang terkenal bersama kumpulan muzik NRG sejak tahun 2006 menganggap masih belum terlambat untuk dia mencapai impian menjadi penyanyi di pentas muzik sebenar.

"Kalau diikutkan memang sayang saya tinggalkan kerjaya tetap sebagai penyanyi pusat hiburan terkenal selain sudah lama bekerja bersama kumpulan NRG tapi ini adalah impian saya.

"Saya mahu jadi penyanyi yang ada lagu sendiri dan karya itu dimainkan di radio dan televisyen," katanya selepas majlis pelancaran ‘single’ pertamanya berjudul Curiga, di sini, Khamis.

Tambah Malisa, dia sudah mencuba pelbagai cara dan usaha untuk memasuki industri seni suara sebelum ini tetapi gagal.

"Mungkin rezeki saya baru tiba, sebelum ini terlalu banyak sertai acara pertandingan menyanyi.

"Ada yang menang dan ada yang tidak, saya pernah cuba menyertai rancangan realiti Malaysian Idol 2 tapi tidak berjaya," ujarnya.

Tambah Malisa, dalam usaha tersebut juga pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya. "Saya tidak tahu mana langkah awal untuk buat lagu, dalam pada mencari-cari tapak itu juga saya sering ditipu.

"Namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha menjadi penyanyi," katanya.

Ujar Malisa, dia sedia berhadapan dengan apa juga risiko dalam dunia hiburan dan tetap meneruskan usaha walaupun jika single pertama ini gagal.

"Saya tahu risikonya dan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Saya akan teruskan kerja ini kerana saya memang betul-betul mahu berada dalam industri muzik bukan sekadar suka-suka," katanya.

Malisa berharap percubaan kali ini berjaya memikat hati pendengar muzik tempatan. Single Curiga ciptaan Damian Mikhail dan lirik oleh Altimet ini mengetengahkan rentak progresif RNB pop.

Artikel Lain