suria

Micheal Caine Mahu Berlakon Sehingga Usia 90 Tahun

Michael Caine
Michael Caine
Michael Caine

BINTANG The Italian Job, Michael Caine mengakui akan terus berlakon sehingga berusia 90 tahun.

Aktor yang kini berusia 80 tahun pada awalnya merancang untuk meninggalkan dunia seni dan berhenti berlakon pada usia 80 tahun namun masih lagi meneruskan kerjaya sehingga sekarang.

Bintang The Dark Khight ini menegaskan untuk memenangi sekali lagi anugerah Oscar pada sepuluh tahun akan datang ini.

"Ya, saya mahu terus berlakon lagi dan menang Oscar lagi pada masa akan datang sehingga usia 90 tahun," ujarnya seperti dipetik Parade pada Khamis.

Selain itu, dia juga mengidam untuk bekerja bersama aktres Silver Linnings Playbook, Jennifer Lawrence.

Caine meraih Oscar pertamanya pada tahun 1986 untuk filem Hannah and Her Sisters dan The Cider House Rules pada 1999.

Artikel Lain