Jadi Artis Beri Peluang Hairie Othman Sokong Pembangkang

Wajah terbaharu Hairie Othman.
Wajah terbaharu Hairie Othman.
Wajah terbaharu Hairie Othman.

SHAH ALAM: Pelakon Hairie Othman menganggap kedudukannya sebagai artis memberikannya peluang cerah untuk bergiat aktif di pentas politik khususnya menyokong pakatan pembangkang.

Malah kata, 42, disebabkan populariti itu, ia berjaya meletakkan kedudukannya sebaris dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disertainya.

"Saya tidak pernah menyesal bergelar pelakon kerana daripada situlah saya memperoleh pendapatan untuk menampung kehidupan saya sebelum ini.

"Malah saya lihat ia (menjadi pelakon) telah memberi kelebihan untuk saya bergiat aktif dalam politik dan saya ambil peluang itu," jelasnya.

Hairie berkata demikian ketika menghadiri wacana bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi pada Selasa yang turut menampilkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, Bob Lokman dan Penerbit dan Pengarah Filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba sebagai panel.

Hairie Othman dan Bob Lokman merupakan ahli PAS.

Mengakui pernah mempunyai sejarah silam tersendiri sepanjang bergelar anak seni, Hairie berkata setiap orang diberi peluang untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi perbuatan lama.

Malah katanya hiburan adalah perlu dalam kehidupan manusia biasa namun ia hendaklah berlandaskan dengan cara yang betul selain dapat memberikan faedah kepada masyarakat.

"Seperti di Iran, filem yang dihasilkan masih mengikut landasan agama Islam malah tiada adegan berpegangan tangan antara lelaki dan wanita dan karya mereka mampu menempa kejayaan pada peringkat antarabangsa," jelasnya.

Sementara itu, Hairie turut menyangkal dakwaan yang mengaitkan penglibatan artis dalam politik disebabkan sudah tidak popular.

Malah kata Hairie, penglibatan seseorang artis dalam politik adalah hak masing-masing dan populariti bukan isu utama.

"Tidak tepat untuk tuduh seseorang artis sudah tidak popular baru nak sertai politik kerana ramai yang berminat cuma tidak tampil ke hadapan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain