suria

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Putus Tunang

Miley Cyrus dengan tunangnya, Liam Hemsworth.
Miley Cyrus dengan tunangnya, Liam Hemsworth.
Miley Cyrus dengan tunangnya, Liam Hemsworth.

SELAMA ini, penyanyi Miley Cyrus telah berusaha memastikan hubungan dengan tunangnya, Liam Hemsworth kekal baik.

Namun, menurut laporan TThe Sun, perhubungan pasangan itu dikhabarkan sudah putus dan Miley dikatakan punca Liam enggan bersama dengannya lagi.

"Miley adalah masalah utama punca perhubungan mereka putus. Hubungan mereka sudah berakhir. Miley terlalu 'gila-gila' dan suka berparti liar dan ia kurang disenangi Liam.

"Mereka sudah beberapa kali putus dan sambung kembali hubungan itu dan akhirnya mereka tetap berpisah," kata sumber yang mempunyai hubungan akrab dengan pasangan tersebut.

Khabar angin keretakan perhubungan pasangan itu bermula apabila Liam dilihat sedang bermesra dengan aktres January Jones sedangkan Liam dan Miley sedang merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain