suria

Geisha Tidak Cemburu Populariti Noah

Geisha - foto DetikHOT
Geisha - foto DetikHOT
Geisha - foto DetikHOT

JAKARTA: Kumpulan Geisha mengakui tidak senang apabila sering dibandingkan dengan kumpulan Noah biarpun mereka bernaung dalam satu label yang sama.

Vokalisnya, Momo berkata, setiap kumpulan muzik mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dan dia juga tidak pernah berasa cemburu dengan populariti yang di kecapi Noah.

"Kenapa orang mahu banding-bandingkan kami, rezeki kita berbeza-beza. Pada saya kita tidak perlu cemburu dengan rezeki masing-masing," katanya seperti dipetik portal DetikHOT, pada Jumaat.

Noah yang dulu dikenali sebagai Peterpan mula meraih populariti selepas vokalisnya Ariel keluar dari penjara pada Julai 2012 lalu.

Jelas Momo, biarpun kurang dilihat di televisyen berbanding Noah, mereka banyak mendapat undangan persembahan pentas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain