Siti Nurhaliza Jadi Pengacara 'Game Show' Pula - Hiburan | mStar

Siti Nurhaliza Jadi Pengacara 'Game Show' Pula

Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan program bual bicara berjudul Siti, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengembangkan bakatnya dalam mengacara program berbentuk permainan (gameshow) pula iaitu Siti Ooo...Som.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin, 32, berkata, percubaan kali kedua sebagai pengacara tetap memberikan cabaran yang tersendiri namun masih lagi terkawal memandangkan konsepnya lebih santai, berbeza dengan Siti, dimana ia sebuah program yang serius.

"Dah lama sebenarnya saya ingin mengacara program gameshow seperti ini kerana saya sukakan aktiviti riadah.

"Alhamdulillah, satu lagi impian saya mengendalikan program berbentuk gameshow berjaya dilaksanakan," katanya.

Tambah Siti, menarik lagi tentang Siti Ooo...Som, dia tidak perlu membuat persembahan dalam program tersebut, dan lebih memberikan fokus mengacara bersama dengan dua selebriti hebat, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira (Shira).

"Alhamdulillah, Nabil dan Shira banyak membantu saya menjadi lebih santai dalam program ini.

"Lebih seronok lagi, apabila melihat gelagat para artis serta peserta-peserta lain dikenakan dengan permainan yang setengahnya dicipta sendiri oleh saya.

"Bagaimanapunm, permainannya tidaklah terlalu berat kerana ia lebih kepada konsep keseronokan bekerjasama dalam sebuah kumpulan," ujarnya.

Siti Ooo...Som yang diterbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd ini melibatkan seramai enam orang dibahagikan kepada dua buah kumpulan.

Para peserta perlu melalui cabaran permainan yang dibahagikan kepada enam segmen iaitu Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara.

Program ini bakal ditayangkan pada Januari tahu depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

69 Penerbit Drama Terima Insentif RM4.5j

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain