suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adele Daftar Paten Nama Elakkan Eksploitasi

Adele
Adele
Adele

LONDON: Penyanyi Adele memfailkan permohonan untuk mempatenkan namanya di Pejabat Harta Intelek England di sini agar ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan eksploitasi.

Menurut laporan akhbar The Sun, penyanyi berusia 24 tahun itu bertindak demikian kerana dia bimbang jika namanya dikaitkan dengan produk tertentu yang tiada kena-mengena dengannya secara rasmi.

Portal The Mirror melaporkan, seorang sumber berkata, penyanyi itu tidak mahu sebarang bentuk eksploitasi dilakukan pihak tertentu yang menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi memperdayakan pengguna.

Susulan pendaftaran paten itu, Adele boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan namanya bagi tujuan pemasaran produk tanpa persetujuan pihaknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain