suria

Madonna Ugut Batalkan Konsert Jika Penonton Merokok

Madonna beraksi pada konsert terbuka di National Stadium di Santiago, Chile pada malam Khamis (waktu tempatan) bersempena promosi jelajah album terbaharunya, MDNA. - Foto EPA

PENYANYI legenda Madonna membuat kejutan pada konsertnya di Santiago, Chile pada malam Khamis (waktu tempatan) apabila dia mengugut penonton supaya berhenti merokok ketika konsert itu atau dia membatalkan persembahan.

Madonna atau lebih dikenali sebagai Madge membuat pengumuman itu pada sesi pemeriksaan bunyi sejurus sebelum konsert terbuka itu bermula.

“Ada perokok di kalangan anda yang sedang merokok sekarang. Berhenti merokok!

“Kalau anda terus merokok, saya akan batalkan persembahan,” selarnya dalam sebuah rakaman video seperti dipaparkan pada laman tmz.com.

Sambung Madge, “Anda tidak peduli pada saya? Saya pun tidak peduli mengenai anda, boleh?

“Adakah kita akan bermain peraturan ini? Saya tidak bergurau. Saya tidak boleh menyanyi jika anda merokok... faham?

“Anda menyaksikan saya sambil merokok membuatkan saya kelihatan seperti orang bodoh di pentas.”

Menurut laporan portal itu, kesemua perokok pada konsert itu akhirnya memadamkan puntung rokok mereka dan Madge memulakan konsert seperti biasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain