suria

Chef Ismail Amalkan Petua 'Pandai Jaga Mulut'

Chef Ismail (dari kanan) bersama Pengarah Pemasaran Mamee-Double Dacker, Fadli Hafetz dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Phang Tee Chew pada pelancaran Mamee Chef di Restoran Rebung, Bangsar, Rabu lalu.
Chef Ismail (dari kanan) bersama Pengarah Pemasaran Mamee-Double Dacker, Fadli Hafetz dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Phang Tee Chew pada pelancaran Mamee Chef di Restoran Rebung, Bangsar, Rabu lalu.
Chef Ismail (dari kanan) bersama Pengarah Pemasaran Mamee-Double Dacker, Fadli Hafetz dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Phang Tee Chew pada pelancaran Mamee Chef di Restoran Rebung, Bangsar, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR:Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Ismail menjelaskan, antara kunci kejayaannya dalam bidang masakan selama ini apabila dia mengamalkan petua “pandai jaga mulut”.

Chef Ismail atau nama sebenarnya Ismail Ahmad, 53, berkata, seseorang chef yang terjun dalam dunia selebriti hendaklah menyedari mereka bukan sahaja perlu ada kemahiran memasak sebaliknya harus mendalami ilmu komunikasi dengan baik.

“Mulut tu kena jaga. Kita tak boleh bercakap sembarangan dengan orang yang kita nak jumpa. Tak semua orang suka dengan cara kita,” katanya kepada mStar Online di sini.

Chef Ismail berkata, dia juga mengamalkan prinsip tidak terlalu bergaul sewenang-wenangnya sebaliknya hanya menghadiri majlis-majlis tertentu yang difikirkan penting sahaja pada satu-satu masa.

Ini kerana jika seseorang itu tersilap bergaul, ia boleh memberi kesan buruk terhadap personaliti masing-masing.

“Saya benar-benar menjaga tatasusila diri. Saya banyak menghabiskan masa dalam perniagaan saya daripada bergaul sesuka hati. Sebelum saya ada Restoran Rebung, saya sudah aktif dalam bidang katering selama 15 tahun.

“Sebab itulah ramai orang susah nak jumpa saya di majlis-majlis tertentu kerana saya perlu mengehadkan aktiviti saya untuk mengelak daripada timbul persepsi yang kurang baik terhadap diri saya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Chef Ismail turut dilantik sebagai duta Mamee Chef iaitu mi segera perasa tomyam yang pertama keluaran Mamee-Double Dacker.

Beliau juga terlibat menyumbang idea bagi menghasilkan mi berkenaan yang berperisa tomyam untuk keperluan penggemar makanan berkenaan di negara ini.

“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk mencari idea dalam menghasilkan perasa tomyam ini.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia menggemarinya kerana kebanyakan kita tentu sekali menyukai tomyam,” katanya.

Paling yang istimewa, mi segera berkenaan yang dijual dengan harga promosi RM5.99 bagi pek yang mengandungi 5 bungkus itu mempunyai sayur-sayuran dan juga udang. Ia telah berada di pasaran bermula awal bulan ini.

Selain duta makanan segera itu, Chef Ismail pernah dilantik sebagai jurucakap kepada barangan elektrik Pensonic dan jenama minyak sapi QBB Ghee.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain