suria

Bintang 'Twilight' Ditahan Polis Kerana Dadah

Bronson Pelletier
Bronson Pelletier
Bronson Pelletier

SALAH seorang bintang filem Twilight, Bronson Pelletier telah ditahan polis gara-gara memiliki dadah.

Menurut laporan portal Aceshowbiz, pelakon itu telah ditahan ketika ingin memasuki pesawat di lapangan terbang di West Hollywood, pada Isnin lalu apabila dia berkelakuan mencurigakan.

"Polis dapat mengesan Bronson seperti menyembunyikan sesuatu dan dia terus dipanggil untuk membuat pemeriksaan dan terbukti dia berada di bawah pengaruh dadah.

"Bronson terus bertindak kasar dengan melawan beberapa polis yang menahannya itu. Malah dia sempat membuang air kecil di pagar kawasan itu sehingga diketahui pengawal di situ," kata sumber.

Saat ini Bronson telah meringkuk dalam lokap sehingga dia dibicarakan pada 17 Januari 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain