suria

Jessica Biel Sudah Sedia Jadi Ibu

Jessica Biel
Jessica Biel
Jessica Biel

SELEPAS mendirikan rumah tangga pada Oktober lalu bersama Justin Timberlake, Jessica Biel sudah bersedia untuk menimang anak pula.

Menurut laporan portal showbizspy.com, Jessica terasa ingin mendapat anak selepas berlakon memegang watak ibu dalam filem Playing For Keeps di mana Noah Lomax digandingkan sebagai anaknya.

"Saya mula berfikir untuk bergelar ibu selepas melihat Noah, yang menjadi anak saya dalam Playing For Keeps.

"Rasa seronok pula apabila mempunyai anak dan saya sudah pun berbincang dengan suami tentang perkara itu," katanya.

Sementara itu, aktres jelita itu mengakui, sejak bergelar isteri, hidupnya menjadi lebih sempurna.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain