suria

Karyawan Yakin 'Karnival Cinta Muzik Selangor' Mampu Tarik Golongan Muda

Barisan artis yang hadira ketika sidang media Karnival Cinta Muzik Selangor yang diadakan di Restoran Sri Melayu dekat sini pada petang Rabu. Foto ROHAIZAT DARUS.
Barisan artis yang hadira ketika sidang media Karnival Cinta Muzik Selangor yang diadakan di Restoran Sri Melayu dekat sini pada petang Rabu. Foto ROHAIZAT DARUS.
Barisan artis yang hadira ketika sidang media Karnival Cinta Muzik Selangor yang diadakan di Restoran Sri Melayu dekat sini pada petang Rabu. Foto ROHAIZAT DARUS.

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yakin penganjuran Karnival Cinta Muzik Selangor pada 15 Disember ini mampu menarik golongan muda bagi mengetahui bidang itu secara lebih dekat.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, berkata, acara yang berobjektifkan untuk membudayakan muzik kepada masyarakat itu bakal menggabungkan beberapa elemen seperti persembahan, pembelajaran, dan demonstrasi yang bakal melibatkan pemuzik dan artis terkenal tanah air.

"Karnival itu adakah satu lagi cara Karyawan untuk membangunkan industri muzik dan memberi kefahaman kepada umum definasi muzik itu sendiri di dalam skop yang lebih terperinci tetapi secara santai.

"Kami yakin golongan muda akan menyukai karnival tersebut kerana pelbagai aktiviti diadakan disamping nama-nama besar dalam industri muzik akan turun padang pada hari itu nanti," jelasnya.

Freddie ditemui selepas sidang media Karnival Cinta Muzik yang diadakan dekat sini pada Rabu.

Ia akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang di sini bermula pukul 12 tengah hari sehingga 10.30 malam.

Dalam pada itu, Freddie berkata, pada sebelah malam karnival itu nanti turut diadakan Konsert Santai Tabung Untuk Gaza bagi tujuan mengutip derma untuk membantu mangsa kekejaman rejim zionis di Semenanjung Gaza, Palestin.

Kata Freddie, ramai artis terkenal akan berkumpul pada malam itu nanti bagi memberikan sokongan untuk membantu golongan kurang bernasib baik itu.

"Sambil kita berhibur dan mendapatkan ilmu, kami juga ingin bersama-sama menghulurkan bantuan kepada masyarakat Gaza yang memerlukan bantuan," jelasnya.

Sementara itu, Freddie berkata, karnival tersebut turut mengadakan bengkel muzik seperti gitar, bass, drum dan vokal yang akan dinaungi oleh artis-artis seperti Man Kidal, Neves (Pretty Ugly), Yazid Search dan Andy (Flop Poppy).

Manakala turut diadakan adalah pertandingan seperti Gitar Hero, Drum Battle dan pertandingan karaoke dengan pelbagai tawaran hadiah menarik.

Sebarang keterangan lanjut mengenai karnival tersebut boleh menghubungi terus pihak karyawan di talian 010 7969113 atau melayari laman web www.chintamuzik.com.my.

Artikel Berikut

Artikel Lain