Penerbit Teater Tidak Berduit Dilarang Bekerjasama Dengan Istana Budaya - Hiburan | mStar

Penerbit Teater Tidak Berduit Dilarang Bekerjasama Dengan Istana Budaya

Muhamad Juhari (enam dari kanan) bersama para pegawainya pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru Istana Budaya pada Khamis.
Muhamad Juhari (enam dari kanan) bersama para pegawainya pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru Istana Budaya pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Penerbit teater di negara ini yang tidak berkemampuan tidak lagi dibenarkan untuk bekerjasama dengan Istana Budaya berikutan penarikan diri beberapa pementasan kerana kekangan kewangan yang dihadapi mereka pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, Istana Budaya benar-benar kecewa dengan sikap sesetengah produser baru yang membuat keputusan itu kerana ia telah menjejaskan kalender program yang telah disusun dalam tempoh setahun.

“Pihak saya tidak akan mempertimbangkan mana-mana produser yang tiada wang tetapi berhasrat untuk menerbitkan teater di Istana Budaya kerana bimbang mereka akan menarik diri pada saat-saat akhir.

“Jika perkara itu berlaku, ia telah menjejaskan kalendar Istana Budaya yang telah disusun selama setahun selain membabitkan kerugian lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru pusat kesenian itu di sini pada Khamis.

Mohamed Juhari berkata, sebanyak lima daripada 16 pementasan telah menarik diri pada tahun ini kerana sukar mendapat penaja sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa mencari pelbagai alternatif lain untuk mengisi slot yang telah ditempah.

Bagaimanapun usaha mengisi slot kosong tersebut menghadapi masalah kerana kebanyakan penerbit baru tersebut hanya memaklumkan kepada pihaknya pada saat-saat akhir.

“Akibat pengalaman ini, pihak kami terpaksa melakukan “pelan B” iaitu memastikan slot-slot yang kosong itu diisi dengan karya terbitan Istana Budaya sendiri pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata, selama ini Istana Budaya berusaha untuk memberi peluang kepada penerbit-penerbit baru berkarya selepas menerima rungutan kononnya pusat kesenian itu hanya menerima kertas cadangan persembahan daripada individu-individu tertentu sahaja.

Malangnya penerbit-penerbit baru tersebut mendatangkan masalah kerana mereka tidak berkemampuan daripada segi kewangan.

“Sebab itulah pihak kami tak mahu ambil penerbit baru lagi kerana faktor wang. Kalau penerbit-penerbit yang sudah berpengalaman, masalah itu tidak akan berlaku,” katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, mulai tahun 2013, Istana Budaya akan bersiap sedia dengan karya-karya daripada produksi sendiri agar masalah berkenaan tidak akan timbul.

Artikel Sebelum

Ning Makan Makanan Berkhasiat Untuk Hamil

Artikel Berikut

Raja Azura, Bekas Suami Mesra Sebagai Kawan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain