suria

Kristen Stewart Selesa Berlakon Aksi 'Panas'

Kristen Stewart
Kristen Stewart
Kristen Stewart

WALAUPUN beridentitikan ala tomboi, aktres Kristen Steward tidak keberatan untuk melakonkan adegan panas malah bintang filem On The Road ini bersedia tidak berbaju seperti yang dilakonkan dalam filem berkenaan.

Menurut laporan Aceshowbiz, wanita berusia 22 tahun ini tidak menghadapi masalah untuk menunjukkan tubuhnya di hadapan aktor lain yang berlakon bersamanya kerana ia dianggap sekadar kerja profesional.

"Tampil separuh bogel tidak menjejaskan saya dan rasanya tidak ada salah untuk beraksi sedemikian, seperti juga dalam filem lakonan saya dalam On The Road.

"Saya percaya, pelakon gandingan saya juga profesional dalam melakukan babak-babak panas seperti itu," katanya.

Dalam pada itu Kristen berkata, sebelum melakukan adegan panas, dia akan menarik nafas sedalam yang mungkin dan membiarkan lakonannya berjalan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain