Tampil Single Baru, KRU Dedikasi Lagu Kepada Ibu - Hiburan | mStar

Tampil Single Baru, KRU Dedikasi Lagu Kepada Ibu

KRU bakal muncul dengan album baru pada November depan. - Foto oleh RAYMOND OOI
KRU bakal muncul dengan album baru pada November depan. - Foto oleh RAYMOND OOI

CYBERJAYA: Anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim memberitahu mereka akan melancarkan sebuah single terbaru berjudul Wanita yang ditujukan khas buat ibu mereka Zarina Fenner.

Norman berkata, lagu berkenaan yang ditulis sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu didedikasikan kepada ibu mereka sebagai tanda peringatan jasa dan pengorbanan wanita itu kepada mereka.

"Secara asasnya lagu itu dibuat untuk menghargai semua wanita tetapi bagi kami tiga beradik ia adalah satu penghargaan buat ibu kami yang banyak memberi tunjuk ajar, memberi nasihat dan sentiasa berada di sisi kami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka KRU di sini pada Sabtu.

Norman memberitahu lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul KRUNOMENA yang bakal berada di pasaran pada November depan.

Dalam pda itu, Norman memberitahu single terbaru mereka itu akan dilancarkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan di laman Youtube sebelum ia dimainkan di semua stesen radio tempatan.

Kata Norman, mereka turut akan melancarkan klip video lagu tersebut sebagai salah satu promosi lagu dan album itu.

"Untuk lancarkan lagu itu secara serentak di stesen radio mungkin sukar pada masa sekarang jadi kami akan melancarkan secara rasmi di Youtube selewat-lewatnya pada minggu hadapan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah mereka bersedia untuk membuat persembahan bersempena kelahiran album baru sebagai promosi, Norman memberitahu dia perlu berbincang dengan Yusry dan Edry terlebih dahulu.

Ini kerana kata Norman, komitmen dan jadual mereka yang sangat padat mungkin membataskan hasrat mereka untuk berbuat demikian.

"Barangkali kami akan memperbanyakkan promosi album itu dengan kemunculan klip video dan untuk mengadakan persembahan itu mungkin agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pada majlis rumah terbuka KRU disambut meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan-rakan artis seperti Fizz Fairuz, Forteen, Harun Salim Bachik dan Wings.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gwyneth Paltrow Wanita Paling Bergaya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain