Tasha Shilla Tidak Malu Jual Biskut Raya - Hiburan | mStar

Tasha Shilla Tidak Malu Jual Biskut Raya

Tasha Shilla
Tasha Shilla

PETALING JAYA: Penglibatan aktres Tasha Shilla (Tasha) dalam perniagaan penjualan biskut sempena Hari Raya yang diberi nama Gemilang Tasha Shilla Cookies pada bulan Ramadan ini tidak menjejaskan nilai eksklusifnya sebagai selebriti popular.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, pada hakikatnya dia juga merupakan manusia biasa yang perlu melalui kehidupan seperti individu lain dan tidak salah baginya untuk berniaga.

“Tiada apa yang perlu saya segan atau malu hanya kerana menjual biskut raya. Saya juga sama seperti orang lain, cuma lebih dikenali kerana kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Tidak timbul soal hilang nilai eksklusif sebagai artis apabila saya berniaga di depan khalayak umum. Apa yang penting, saya perlu pandai bawa diri dan jaga penampilan ketika berniaga,” katanya ketika ditemui mStar Online di Bazar Terbaik Raya TV3 di perkarangan Sri Pentas, baru-baru ini.

Nama bisnes yang diilhamkan Tasha itu diambil bersempena drama bersiri Gemilang yang mempopularkan dirinya pada tahun lalu.

Perniagaan itu mula beroperasi sejak minggu kedua Ramadan di Bazar Ramadan Kampung Baru, dekat sini.

Pelakon yang baru muncul dalam telefilem Ombak Rania (Astro Ria) ini berkata, minat yang mendalam terhadap perniagaan menjadi motivasi untuk dia mencuba pengalaman menjual biskut raya buat julung kalinya.

“Keluarga saya memang menjalankan perniagaan makanan. Malah, pada bulan Ramadan yang lepas-lepas, kami berniaga mi rebus dan laksa tetapi pada kali ini kami mencuba biskut raya.

“Alhamdulillah, setakat ini sudah 400 balang pelbagai jenis biskut berjaya dijual. Saya cuma buat tiga jenis saja iaitu “Almond Chocolate”, Suji Badam dan “Chocolate Chip”, manakala selebihnya dihasilkan ibu dan makcik,” katanya.

Menurut Tasha, perniagaan itu bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan malah mendekatkan lagi dirinya dengan para peminat.

“Saya anggap pengalaman berniaga ini sebagai peluang terbaik untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan menyeronokkan.

“Dengan aktiviti ini saya juga dapat mendekati peminat yang berkunjung ke gerai untuk membeli biskut yang dijual,” katanya yang bakal bercuti selama seminggu pada Hari Raya nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain