suria

Artis Aquila Emas Dilatih Beramal Pada Bulan Ramadan

Barisan artis Aquila Emas teruja meraikan penghuni Pusat Jagaan Nur El Amin.
Barisan artis Aquila Emas teruja meraikan penghuni Pusat Jagaan Nur El Amin.
Barisan artis Aquila Emas teruja meraikan penghuni Pusat Jagaan Nur El Amin.

KUALA LUMPUR: Artis-artis syarikat produksi dan pengurusan Aquila Emas Sdn Bhd komited dalam meningkatkan aktiviti amal dan kebajikan bersempena bulan Ramadan.

Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa berkata, pihaknya sangat mengambil berat dalam menerapkan nilai-nilai tersebut kepada semua artis naungan mereka agar ia dapat memberikan manfaat kepada pihak lain.

"Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita memperlahankan aktiviti harian serta tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara.

"Oleh sebab itu kami di Aquila Emas begitu dalam mempertingkatkan kualiti pencapaian artis serta aktiviti amal dan kebajikan seiring dengan tuntutan Islam," ujarnya kepada mStar Online.

Syarizan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa bersama 100 orang penghuni Pusat Jagaan Nur El Amin di Hotel Federal di sini pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Syarizan berkata, beliau terharu apabila pihak korporat seperti Hotel Federal yang tidak jemu-jemu melibatkan diri dengan pihaknya untuk menganjurkan majlis-majlis amal untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian katanya, ia secara tidak langsung dapat mendekatkan barisan artis syarikat itu dengan masyarakat.

"Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat memberi berkat kepada kita malah mengeratkan lagi hubungan antara manusia," ujarnya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, artis seperti Zizan Nin, Juliana Ibrahim dan Rizal (AF) sibuk melayan kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nur El Amin.

Selain itu, bintang-bintang baru seperti Amy Juliet, Akhmar Ridhwan, Azalea Firash, Eva Emmanynna, Mike Ho, Riaz Sopian, Saniza Sabran dan Zyra Sabri turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Anak-anak yatim juga turut menerima sumbangan daripada pihak Aquila Emas dan Hotel Federal selain dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain