suria

Simon Cowell Tunggang Skuter Ke Lokasi Uji Bakat

Simon Cowell.
Simon Cowell.
Simon Cowell.

JURI program The X-Factor iaitu Simon Cowell mengejutkan para peminat apabila tampil ke tempat uji bakat rancangan popular itu dengan menunggang skuter.

Seperti dilaporkan oleh portal The Sun, selebriti popular itu terpaksa berbuat demikian apabila pemandunya tidak datang menjemputnya untuk ke tempat uji bakat di sebuah hotel di Pulau Rhode.

"Dia menanti pemandunya yang masih tidak datang dan akhirnya mengambil keputusan untuk menunggang skuter yang dipinjam daripada pihak hotel," ujar sumber terdekat selebriti itu.

Bagaimanapun, Simon mengakui lebih selesa menunggang kenderaan ringan itu berbanding memandu kereta mewah miliknya.

"Rasa lebih bebas apabila dapat menunggang skuter kecil," ujarnya.

Sebelum masuk ke bilik juri, Simon dilihat sempat menunggang skuter terbabit mengelilingi kawasan sekitar hotel dia menginap selain menuju ke sebuah kedai bakeri untuk membeli donut dan kopi sebagai sarapan pagi.

Simon turut memuat naik gambarnya di laman Twitter untuk dikongsi bersama peminatnya.

Artikel Lain