suria

Demi Lovato Nafi Bercinta Dengan Niall Horan (One Direction)

Demi Lovato
Demi Lovato
Demi Lovato

LONDON: Penyanyi Demi Lovato menyangkal sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa dia kini menjalin hubungan dengan salah seorang anggota kumpulan One Direction iaitu Niall Horan.

Laman web dailystar.co.uk melaporkan, spekulasi mengenai hubungan mereka mula diperkatakan sejak beberapa minggu lalu. Lovato bagaimanapun, berkeras menafikan perkara itu dan menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan biasa.

“Dia (Niall) seorang lelaki yang baik dan kawan yang rapat dengan saya pada waktu ini. Saya tidak mempunyai kekasih sekarang dan berhasrat untuk terus solo bagi tempoh yang panjang.

"Saya mahu memberikan tumpuan pada kerjaya dan diri sendiri terlebih dulu sebelum memikirkan soal bercinta,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain