suria

Raja Azmi Dan Jalani Sidek Fail Penceraian

Saat bahagia Raja Azmi dan suaminya sudah berkahir apabila mereka bercerai talak satu.
Raja Azmi dan suami, Jailani Sidek.
Raja Azmi dan suami, Jailani Sidek.

PETALING JAYA: Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menfailkan penceraian dengan suaminya iaitu Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Rabu (hari ini).

Laporan Harian Metro menyebut, keputusan yang dibuat itu demi menjaga maruah suaminya sebagai seorang lelaki dan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.

“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh.

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Raja Azmi,53, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.

Artikel Lain