suria

'Feel Good Run' Terima 5,000 Peserta Dalam Sebulan

PETALING JAYA: Pendaftaran acara larian Feel Good Run 2012 ditutup lebih awal apabila saluran nyv7 berjaya mencapai sasaran dengan mengumpul 5,000 peserta.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata pada perancangan asal pendaftaran itu berakhir pada 1 Jun depan tetapi terpaksa ditutup lebih awal kerana sambutan yang luar biasa selepas empat minggu sejak dibuka pada 21 Mac lalu.

"Pihak kami amat gembira dengan sokongan luar biasa yang kami terima daripada orang awam dan berharap untuk tetap meneruskan momentum keseronokan ini pada bulan-bulan seterusnya sehingga pada hari acara tersebut iaitu pada 8 Julai nanti.

"Kami juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan banyak menyumbang kepada larian ini dan bagi mereka yang ketinggalan mendaftarkan diri tahun ini diharapkan akan menyertainya pada tahun 2013 nanti.” katanya.

Tambahnya, larian Feel Good Run 2012 juga merupakan rekod baru berbanding penganjurannya tahun lepas.

Setiap bayaran yang diterima untuk larian ini akan disalurkan secara sama rata kepada empat benefisiari yang mengambil bahagian iaitu Kiwanis Down Syndrome Foundation, Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia dan Yayasan Chow Kit.

Peserta yang berminat juga boleh mengajukan sebarang kemusykilan mereka melalui e-mel ke [email protected] atau hubungi talian Hooha.Asia 03-56373821 untuk keterangan lanjut.

Sama seperti tahun lepas, saluran ntv7 akan menyambut ulang tahunnya yang ke-14 pada tahun ini dengan acara Feel Good Run 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain