suria

Hubungan Sulit Punca Ronan Keating Bercerai

SELEPAS sekian lama hidup bersama, penyanyi Ronan Keating akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan isterinya, Yvonne.

Seperti dilaporkan oleh Dailymail, pasangan itu sama-sama mengumumkan berita tersebut menerusi akaun Twitter milik mereka.

Namun mereka berharap berita itu tidak diperbesar-besarkan kerana ingin menjaga perasaan anak-anak.

Yvonne dalam entri yang tulisnya mendedahkan perpisahan mereka sebenarnya telah berlangsung sejak setahun lalu namun ia sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan umum bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan.

Keretakan rumah tangga mereka sebenarnya telah berlaku sejak dua tahun lalu apabila Ronan dilaporkan menjalani hubungan sulit dengan Francine Cornell iaitu seorang penari.

Dia juga memberitahu sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi tidak berjaya dan perpisahan adalah yang terbaik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain