suria

Jennifer Lopez Mahu Kekasih Jadi Bintang Filem

PENYANYI Jennifer Lopez atau J.Lo enggan kekasihnya, Casper Smart hanya sekadar menjadi penari latar sahaja sebaliknya berharap lelaki itu dapat menjadi seorang bintang filem.

"Casper kini sedang belajar dengan J.Lo yang mahukannya menjadi seorang bintang filem yang hebat.

"Malah penyanyi itu berhasrat untuk berlakon dengan kekasihnya itu sebagai permulaan," kata sumber kepada Showbiz Spy.

Sebelum ini, J.Lo pernah muncul menerusi sebuah filem berjudul “Gigli” bersama bekas tunangnya, Ben Affleck.

Bagi penyanyi kelahiran The Bronx, New York ini, dia menganggap berlakon bersama kekasih lebih mudah dan selesa seperti yang dilakukannya sebelum ini bersama Ben dan Marc Anthony.

Dikhabarkan juga, pelantun lagu “Papi” ini sering memberi Casper USD10,000 (RM30,100) setiap minggu.

Lelaki itu turut dikatakan menjadi orang ketiga dalam punca penceraiannya dengan Marc.

Wang tersebut diberikan sebagai perbelanjaan makan dan minum Casper selain dapat membeli mainan buat anak-anaknya, Max dan Emme.

J.Lo juga berharap agar lelaki itu dapat menggunakan wang berkenaan sebaik-baiknya.

Dia juga agak dikatakan agak malu apabila terpaksa membayar keperluan kekasihnya itu dengan kad kredit selain tidak mahu pihak luar menilai lelaki berkenaan seorang yang tidak berwang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain