suria

Siti Nurhaliza Belum Terima Tawaran Berlakon Secara Rasmi

Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza.

CYBERJAYA: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin masih tidak menerima sebarang tawaran berlakon filem produksi Indonesia berjudul Kekuatan Cinta secara rasmi.

Siti berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang diterbitkan oleh Agensi Berita Nasional (Bernama) bertarikh 11 Januari lalu.

"Saya hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang keluar dan bukannya ada sebarang perbincangan antara kedua-dua belah pihak," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Makan Malam Bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani di sini, Khamis. Terdahulu, Bernama melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan Siti berlakon dalam filem tersebut.

Syarikat berkenaan, PT Kentfilms Production mahu menggandingkannya dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Siti berkata berkata, dia masih samar sama ada untuk menerima undangan tersebut atau menolaknya.

"Jika dilihat daripada barisan pelakonnya ia cukup menarik tetapi masih banyak perkara yang perlu diambil kira seperti persediaan saya sebelum benar-benar untuk berkata ya kepada pihak tersebut.

"Bagaimanapun jika ada permintaan daripada pihak sana susah untuk saya bagi jawapan buat masa ini," ujarnya.

Sementara itu, Siti yang baru pulang daripada bercuti dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitahu percutian tersebut adalah hadiah hari jadi untuknya daripada suami.

Siti berkata dia dan suami telah melawat ke tiga buah negara iaitu Maghribi, Marakesh dan Dubai bermula 3 Januari lalu dan pulang ke tanah air pada 13 Januari lalu.

"Seronok sangat dapat ke negara-negara berkenaan kerana saya belum pernah berkunjung ke sana sebelum ini. Paling seronok ketika di Marakesh kerana seni bina dan hiasan dalaman bangunannya cukup menarik," ujarnya.

Tambahnya, selain percutian itu dia juga turut diberikan sesuatu oleh suaminya namun enggan mendedahkan hadiah berkenaan kepada pihak media. Dalam perkembangan lain, siti memberitahu dia semakin bahagia melayari perkahwinan bersama suaminya selepas enam tahun berkahwin walaupun belum dikurniakan cahaya mata.

"Allah S.WT. ada peracangan tersendiri dan saya masih berpegang teguh kepada perkara itu. Insya-Allah jika ada rezeki saya, Tuhan pasti akan berikan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain