suria

Leonardo DiCaprio Bercinta Dengan Dua Orang Serentak

SELEPAS putus cinta dengan Blake Lively, aktor Leonardo DiCaprio tidak perlu menunggu masa yang lama untuk memiliki kekasih baru dan kini aktor itu dikatakan bercinta dengan dua model dari Australia serentak.

Difahamkan aktor berusia 36 tahun ini menjalinkan hubungan cinta dengan Alyce Crawford selepas beberapa hari putus cinta dengan Blake.

Malah, bintang filem Inception ini juga sedang menjalinkan hubungan dengan Kendal Schuler, seorang model yang baru sahaja putus cinta dengan selebriti Apprentice, Didier Cohen.

"Leo pernah berkata pada Kendal bahawa mereka boleh berjumpa bila-bila masa sahaja asalkan model itu merahsiakan perhubungan mereka itu.

"Bagaimanapun, Kendal tidaklah sebodoh itu. Dia tahu Leo tidak serius dengannya," kata teman Kendal kepada akhbar The Sunday Telegraph.

Leo kini sedang berada di Sydney bagi menjalani penggambaran filem The Great Gatsby dan dua model cantik inilah yang menemani aktor tersebut sepanjang berada di sana.

"Leo juga ada menemui Alice beberapa kali seminggu, tetapi mereka akan berjumpa pada hari bekerja sahaja.

"Alice sering berkunjung ke bilik hotel penginapannya dan aktor itu cukup bijak agar tidak membiarkan media melihatnya bersama Alice," kata sumber lain pula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain