Liz Hurley Dilamar Kekasih Ketika Bercuti - Hiburan | mStar

Liz Hurley Dilamar Kekasih Ketika Bercuti

Liz dan kekasihnya, Shane sedang asyik bercinta.
Liz dan kekasihnya, Shane sedang asyik bercinta.

KHABAR bahagia datang daripada aktres Liz Hurley mengatakan janda cantik itu dilamar kekasihnya, bintang kriket berasal dari Australia, Shane Warne ketika bercuti di Scotland.

Detik lamaran berlaku ketika kedua-duanya menikmati makan malam romantis di hotel eksklusif St Andrews pada Jumaat lalu, seperti yang dipetik daripada portal Telegraph.

Lelaki berusia 42 tahun itu berlutut dan melamar Liz di hadapan ramai pengunjung restoran yang lain.

Liz terus menerima lamaran Shane dan para pengunjung di restoran itu turut memberikan tepukan sambil berdiri untuk memberi ucapan tahniah pada kedua-duanya.

Liz dan Shane mulai rapat pada Julai 2010. Saat bersama Shane, Liz masih berstatus isteri kepada ahli perniagaan India, Arun Nayar. Namun dia dan Arun bercerai pada Disember 2010.

Kisah cinta Liz dan Shane turut menjadi perhatian ramai. Hampir setiap saat mereka melihat pasangan itu bersama. Liz selalu menemani Shane dalam pertandingan kriket.

Artikel Sebelum

Alyah Jalani Pembedahan, Berehat Dua Minggu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain