suria

Rumah Jack Nicholson Hangus Terbakar

Jack Nicholson
Jack Nicholson
Jack Nicholson

NASIB aktor Jack Nicholson tidak baik apabila rumahnya di Hollywood Hill hangus terbakar pada Jumaat lalu.

Ketika kejadian, dua penghuni yang menyewa kediaman tersebut telah dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami cedera ringan.

Menurut laporan daripada portal Contact Music, kediaman tersebut sudah lama ditinggalkan Jack sejak tahun 1995. Beberapa tahun kemudian, dia telah menyewakan rumah tersebut kepada dua aktor yang mungkin merupakan mangsa kebakaran itu.

Dalam pada itu, walaupun dua penghuni yang dikatakan itu telah diselamatkan, namun kediaman Jack musnah.

Sementara itu, punca sebenar kebakaran itu berlaku belum lagi diketahui sehingga kini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain