Katie Holmes Minta Maaf Pada Suami - Hiburan | mStar

Katie Holmes Minta Maaf Pada Suami

Tom Cruise dan Katie Holmes
Tom Cruise dan Katie Holmes

DEMI kecantikan, pelakon jelita Katie Holmes sanggup berbuat apa sahaja.

Kerana kecantikan juga, Tom Cruise terpaksa melihat wajah isterinya menyapu pelbagai produk kecantikan pada tubuhya pada setiap malam.

Dalam sebuah program wawancara bersama Ellen Degeneres, Katie mengakui dia bukanlah seorang teman tidur yang baik buat Tom kerana sering memakai topeng wajah sebelum tidur dan akan membukanya pada keesokan pagi.

"Memang setiap malam saya akan memakai masker bewarna putih di wajah saya. Dan apabila dah pagi, "masker" tersebut kelihatan sedikit menjijikkan.

"Awal-awal lagi saya dah meminta maaf kepada Tom dan memberi alasan yang saya mahu kelihatan cantik setiap pagi," katanya.

Tambah Katie dia juga sering memakai minyak yang banyak pada kakinya kerana mengalami masalah kulit kering.

"Selain wajah yang dipenuhi "masker" putih, Tom juga terpaksa 'menderita' melihat kaki saya disapu minyak yang penuh hampir setiap hari.

"Sehinggakan dia berkata, 'kenapa pakai terlalu banyak minyak? Atau kamu boleh menggantikan minyak kepada losyen. Minyak membuatkan ia melekat pada katil. Macam gadis kalender pun ada juga'," seloroh Katie.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain