suria

Ujibakat Cari Peserta Program Deko Idaman Selebriti

PETALING JAYA: Program Ubah Suai Kediaman, Deko Idaman kembali ke TV3 dengan konsep baru pada tahun ini dengan konsep baru iaitu Deko Idaman Selebriti.

Program ini masih menampilkan Azhar Sulaiman dan Syaiful Baharim sebagai pengacara merangkap pereka dalaman dan akan mengundang selebriti-selebriti tanah air popular dalam mengubah suai kediaman peserta terpilih.

Ruang yang akan diubah suai ialah bilik tidur, ruang tamu, dapur atau pun ruang makan.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini dan mahu rumah mereka diubah suai dengan sentuhan kreatif dari pereka hiasan dalaman professional boleh sertai uji bakat Deko Idaman Selebriti yang akan diadakan pada 2 & 3 April 2011 (Sabtu & Ahad) bertempat di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya dari jam 10.00pagi hingga 4.00petang,

Peserta perlu membawa 3 keping gambar ukuran 4R di mana ruang rumah yang mahu diubah suai melalui sudut yang berbeza serta memuat turun borang lengkap daripada laman web www.tv3.com.my/dekoidaman.

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri sesi ujibakat ini, jangan khuatir kerana peluang masih terbuka.

Peserta boleh menghantar permohonan menerusi www.tv3.com.my/dekoidaman sebelum 10 April 2011. Panduan lengkap boleh didapati di dalam laman web ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain