suria

Nanu Muncul Dalam Drama 'Sahara'

Salah satu babak dalam Sahara
Salah satu babak dalam Sahara
Salah satu babak dalam Sahara

PETALING JAYA: Setelah lama menyepi dalam lakonan drama, aktres Nanu Baharudin bakal beraksi dalam drama Sahara yang bakal ditayangkan pada 30 Mac ini, pukul 10.30 malam.

Drama 25 episod terbitan Enuja Production ini merupakan nukilan skrip oleh novelis popular, Sharifah Abu Salem dan diarahkan oleh Jamal Khan

Selain Nanu, ia turut dibintangi oleh pendatang baru Tasha Shilla dan Ammar Alfian.

Siri drama yang menghiasi slot Samarinda ini berkisarkan perebutan harta dan cinta golongan keluarga korporat.

Ia juga mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan. Sahara dan Tina akan memberikan satu kejutan kepada para penonton pada penghujung ceritanya.

Gandingan pertama antara pelakon berpengalaman seperti Nanu Baharudin dengan pendatang baru iaitu Tasha Shilla pasti memberi satu kelainan bagi penonton setia slot Samarinda.

Dalam drama ini, Nanu banyak bermain emosi dengan watak Sahara yang bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kebahagiaan adiknya, Tina (Tasha Shilla).

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan dia bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun. Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.

Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Saksikan Sahara, setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 10.30malam di slot Samarinda TV3, mulai 30 Mac 2011.

Artikel Berikut

Arnold Kembali Berlakon

Artikel Lain