suria

Robert Pattinson Pilih Heroin Seksi

SEPANJANG kariernya, pelakon Robert Pattinson (gambar) sudah tampil berlakon dengan beberapa aktres popular Hollywood seperti Kristen Stewart dan Uma Thurman.

Dia pun bergurau untuk berlakon dengan wanita seksi selepas ini.

"Saya suka wanita yang seksi, saya suka mereka. Saya suka berlakon filem dengan ramai wanita seksi," ujar Robert menurut Aceshowbiz, Isnin.

Aktor berasal dari Britain itu berasa bertuah apabila dapat berlakon dengan Kristen, Uma, Emilie de Ravin dan Reese Witherspoon.

Menurutnya, mereka adalah aktres-aktres yang sangat berbakat.

"Saya selalu mendapat heroin yang sangat berpengalaman dan begitu bersemangat," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain