suria

Pelakon 'Meteor Garden' Kahwin Secara Tertutup

Baebie Hsu
Baebie Hsu
Baebie Hsu

PELAKON Popular Taiwan yang terkenal dengan siri Meteor Garden, Baebie Hsu melangsungkan perkahwinannya secara tertutup dengan seorang usahawan, Wang Xiaofei di Hainan Island, Selasa.

Majlis perkahwinan itu dikhabarkan menelan belanja jutaan dolar untuk menjadikan ia sebuah majlis yang paling istimewa.

"Kami buat secara tertutup kerana inginkan ia berjalan dengan aman oleh itu kami tidak mengundang pihak media.

"Tolong pertimbangkan juga keselamatan keluarga kami," ujar Barbie seperti dilangsir Xin MSN, Selasa.

Sekitar 200 tetamu daripada kedua belah pihak hadir, tetamu juga disediakan dengan tiket kapal terbang dan tempat tinggal mewah.

Pasangan mempelai turut tidak membenarkan tetamu yang hadir membawa alat perakam dan merakam melalui telefon bimbit ketika majlis berlangsung.

"Kami mahu pernikahan ini berjalan secara sederhana dan untuk tontonan tetamu yang hadir. Kami berharap ia tidak tersebar kepada umum," katanya lagi.

Artikel Lain