suria

Tuntutan Harta Sepencarian Norish Karman Ditangguh Ke April

Norish Karman
Norish Karman
Norish Karman

SHAH ALAM: Mahkamah Tingggi Syariah di sini, pada Khamis menetapkan permohonan harta sepencarian yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir disebut semula pada 18 April depan.

Peguam syarie Amli Embong yang mewakili Norish memberitahu, tarikh itu ditetapkan bagi memberi peluang kepada Hashimuddin untuk menjawab pindaan penyataan tuntutan Norish, sekiranya ada.

Pindaan penyataan tuntutan tersebut difailkan pada Khamis, seperti yang telah diarahkan oleh Hakim Syarie Mohammad Adib Husain.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 36, bernikah dengan Hashimuddin, 62, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15 Julai 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 10, Muhammad Hady Amieran, 6, dan Nur Hanyz Amanda, 5.

Pelakon drama Spa Q tersebut memfailkan permohonan itu selepas kaedah melalui sulh (perbincangan secara baik) yang dibuat dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti pada tahun 1995 itu gagal mencari kata sepakat.

Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Hening di Ampang, dekat sini.

Pada 26 Januari lalu, Mohammad Adib menolak permohonan Hashimuddin yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Buruk untuk membatalkan tuntutan harta sepencarian tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain