suria

Elton John Buat Filem Tentang Diri Sendiri

Elton John
Elton John
Elton John

TIDAK hanya mahu dikenali sebagai pemuzik, penyanyi Elton John mencabar kemampuannya menjadi seorang penerbit filem.

Dia ingin menerbitkan sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan dirinya sendiri.

John juga bakal meminta penulis terkenal Lee Hall untuk menulis skrip bagi filem itu.

Lebih menarik filem tersebut akan memaparkan kisah sebenar John yang tidak pernah diketahui umum.

“Saya hanya ingin membuat filem yang benar-benar hebat tentang kisah hidup saya. Kami mengupah seorang penulis skrip terkenal Lee Hall yang menulis filem Billy Elliot,” katanya seperti dipetik portal Contact Music, Selasa.

Bagaimanapun filem ini masih belum siap sepenuhnya. John berharap ia dapat ditayangkan ke pawagam pada tahun 2012 nanti.

“Saya membuat filem ini kerana menganggap hidup saya gila. Saya fikir ia akan siap dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain