suria

Kim Kardashian Diumum Bintang Realiti Termahal

MODEL jelita, Kim Kardashian disenaraikan sebaris dengan artis berpendapatan tinggi dan terkaya di Hollywood.

Dia juga telah diumumkan sebagai bintang program realiti termahal tahun ini.

Seperti dipetik Aceshowbiz, program televisyen Keeping Up With The Kardashians, Kim telah mendapat bayaran lebih AS$6 juta atau RM18.6 juta.

Khabarnya, dia telah dibayar RM232 ribu setiap kali tampil dalam program tersebut.

Selain itu, program tersebut juga turut memberi rezeki kepada wanita berusia 30 tahun ini sebagai jurucakap kepada beberapa produk kecantikan.

Manakala bintang drama siri The Hills, Lauren Katherine Conrad berada ditempat kedua senarai bintang program realiti termahal.

Lauren yang tampil dalam program realiti berjudul Laguna Beach: The Real Orange County juga berjaya mengangkat produk fesyennya ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, Audrina Patridge yang juga bintang The Hills menduduki senarai ketiga dari siri prduksi MTV tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain